Wednesday 5 October 2011

Ehem... tuan rumah da balik.

Assalamualaikum.


Setelah mengharungi onak duri, merentasi lautan api. Akhirnya sampai jugak aku kat sini. Punyelah berabad aku tak buka blog. *Gaya macam ada orang tunggu.


Well , aku bukan sesaja je tak buka blog. ada sebab. kalau korang nak tahu baca lah kat bawah ni. kalau tak nak, baca lar post lain. heh.


Bulan Puasa : Ehem sebagai seorang Muslimah yang sejati , aku penuhi bulan yang mula ini dengan beribadat. ceh , macam ley percaya. haha.


Bulan Raya : Aku tahu aku bukan budak kecik lagi. tapi bulan ni aku bizi cari duit raya. tak menyempat nak buka blog.


ok , bye. tak de idea meh.

Wednesday 27 July 2011

Korang seorang yang pemalas.

Assalamualaikum.


Ehem.. Sekiranya korang pernah buat macam kat bawah ni. memang terbuktilah yang korang ni jenis pemalas nak mampuih!


- Selotep satu badan dan lepas dua-tiga hari baru korang tanggalkan. Konon daki daki akan tertanggal dari badan. Nenekluu lah!


- Sanggup pakai pempes untuk orang tua(pempes cap atuk) padahal korang masih muda belia dengan alas an tak larat nak bangun tido tetengah malam untuk pergi kencing.


- Hanya menukar pakaian setiap lepas dua hari dengan memakai pakaian yang sama pada hari kedua tapi dengan cara menterbalikkanya.


- Membersihkan rumah setiap hujung bulan iaitu sekali sebulan pasal membersih sekali harung saja.


- Membasuh baju yang hendak dipakai saja dan sebaik kering terus pakai.


- Masih tinggal kat rumah makbapak walaupun dah panjang besar sebab tak sanggup nak uruskan makanpakai sendiri.


Jadinya. jangan lah jadi pemalas. orang yang malas takkan berjaya dalam hidup. eh..


ok, bye.

Friday 22 July 2011

Dalam banyak-banyak kereta , kereta apa yang tak perlu bayar tol ?

Salam.


Sekarang, banyak kereta dah dikeluarkan kan? tapi malangnya kereta kereta tersebut harus dan wajib untuk membayar tol jika melalui di highway. kalau tak nak bayar tol, lalu jalan dalam tuk kemana saja. tapi berkemungkinan akan sesat dan memakan masa yang banyak. oleh itu , dalam banyak banyak kereta, kereta apa yang tak perlu bayar tol?


Jawapannya ialah.. (bia aku jawap sendiri)


- Kereta kebal

Disebabkan ianya kebal maka kebal la ia dari dikenakan tol.


- Kereta sorong

Kereta ini tidak perlu dinaiki tapi cuma disorong. oleh itu , takda orang yang duduk dalam kereta maka tak perlulah ditol.


- Kereta polis

Kena lah respek dengan incik incik polis yang bertugas menjaga keamanan negara termasuklah kawasan plaza plaza tol. erk??


- Kereta yang sedang ditunda

Yang kena bayar mestilah pemandu kereta penunda.


- Kereta jiran korang

Dah namanya pun kereta jiran korang maka yang perlu bayar mestilah jiran korang takkan korang pulak.


- Kereta rosak

Kereta rosak tentulah tidak boleh bergerak, bila tak boleh bergerak tentu takkan melalui tol. secara otomatik juga tak perlu bayar tol.


- Kereta api

Belum pernah lagi dalam sejarah ada dibina plaza tol dilandasan kerete api.



Ok , bye.

Friday 15 July 2011

Panduan memasak nasi.

Salam.


Berikut adalah perkara penting yang perlu korang tahu untuk memasak nasi. memang nampak cam mudah je tapi skill pun kena ada jugak.


+ Bahan utama yang mesti digunakan adalah beras. tak kisah lar nak guna beras basmathi ke, beras usang ke, beras perang ke. tapi tepung beras adalah dikecualikan.


+ Menggunakan periuk yang bersesuaian, adalah tidak disyorkan menggunakan kawah jika kuantiti beras hanyalah setakat tiga cupak je.


+ Kuantiti air yang nak digunakan jugak penting, jangan sampai terlebih. alamatnya. terpaksa lar diekjas untuk dijadikan bubur je.


+ Diingatkan masak nasik ni tak serupa macam masak dodol ke, lemang ke atau ketupat. jadinya, tak payah melampau melampau lamanya.


+ Boleh mempelbagaikan jenis masakan nasi iaitu buat nasi beriani, nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya. Tapi syarat utamanya mestilah kena pandai masak nasik dulu yek.


ok , bye.


p/s : sapa kat sini tak pandai masak nasi. jaga jaga malam ni aku datang kat mimpi kau. aku suruh kau masak nasi sambil terlentang. grr..

Saturday 9 July 2011

Yeyeh!

Salam.


Nampak sesuatu yang baru tak kat tempat ni? kalau tak nampak , kedai cermin mata kat sebelah rumah aku ni masih buka lagi. Cepat cepat cek.


Terima kasih lar kepada elmie elmie kerana sudi men'touch-up' kan blog aku yang sedia buruk sebelum ini. sebagai ganjaran. aku akan klik nuffnang hang 10x sehari ye?


ok , bye.

Thursday 7 July 2011

Assalamualaikum Warahmatullah!

Salam.



Minyak wangi jenama X dan Z.


"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu ialah zina"

Riwayat Nasa'i , Ibn Khuzaimah Dan Hibban.


Kesimpulannya? ....


ok , bye.

Monday 4 July 2011

Macam bosan je.

Salam.


Apasal hah aku dah rasa malas nak berblog ni. mungkin takda aidiye kot nak buat entri. mungkin.



ok. bye.

Saturday 2 July 2011

Panduan untuk beristeri.

Salam.


Hehe. Entri gatal ni. Tapi tolong. jangan sala paham. entri ni tuk abg sedare ak yang akan kawen.

Ehem.


Assalamualaikum..



Kehadapan abang sedare tercinte yang kini berade di banggunan kursus kawin. Moga sihat. Disini saye ingin memberi panduan buat abg sedare.


 

Dengar dengar dari mulut adik abg sedare yang abang sedare ni nak kawen . kawin , kawin..ewah~ macam senang je bunyik nyekan. Abang sedare , ikut lah panduan nak beristeri ni hah dari saye yang naif.



Memula , abang sedare sah kan dulu makwe abang sedare tu tulen. kang mak andam kompius nak andam pengantin pompuan yang mane satu.




Kedua , semestinya bukan bini orng. abang sedare pon tau kan bermadu itu tak best. kalau tak caye tengok madu tige. abang sedare banyang kan abang yang jadi sarimah. huhu. sedihkan? 



 
Ketiga , sebelum kawin tu , kene lar ade bajet yang cukup. jangan dibuat kerja pinjam duit ah long. kalau dengan kak long , abang long , atau saye boleh dibawak berbincang. saye tahu , gaji kerja abang sedare sebagai pembuat kentang putar di KFC bukanlah banyak mane pon. 




Keempat , saye tahu abang sedare ni adelah anak mak. jadi jangan lar mengade-nagade nak lari rumah famili jika ada sebarang pertelingkahan. kan abang sedare ni anak jantann. malu kan? cepat cepat berubah jadi berdikari.




Kelima , abang sedare silalah beli dua telebisen untuk mengelakkan abang sedare dan isteri tercinta nanti tak berebut nak tengok tb. yelah , abang sedare nak tengok sukan. bini abang sedare pula nak tengok marimar~(aw). Susah nanti.



Itu saje lar yang saye dapat berikan. Harap abang sedare dapat gunakan sebaik mungkin. Akhir sekli , semoga abang sedare bahagia hingga ke anak cucu cicit.


 


Dari saye.. bye.








                                                                                                   
Semoga menjadi kenyataan!

Tuesday 28 June 2011

Macam pelik , tapi tak heran.

Salam.


Mari baca dan setkan dalam minda.



- Makanan yang paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang stem.


Kalau aku suka makan beriani gam beras faizah.(panjangnyer~)




- Memakai headphones walkman 1 jam boleh menghasilkan kuman ditelinga sebanyak 700 kali lebih banyak.



Tu banghu pakai walkman, kalau tekap speaker kat telinga macamne lar agaknye?




- Kupu-kupu mencicipi tar bunga menggunakan kakinya.



Tapi tengok lar jenis bunga. kalau bunga taik ayam dia guna kaki tuk tutup hidung.



- Perkataan untuk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Patrol' di England.


Perkatan 'polis' bukan pula berasal dari perkataan 'polisi insurans'




- Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.


Lama lagi permainan dam aji. main sampai kena naik aji.




Siput/keong boleh tidur selama 3 tahun.

Ikan aku boleh tidur 8 tahun tak heran pun.




- Seekor buaya tidak akan boleh menjulurkan lidahnya keluar, walaupun setiap hari membukanya.

Tapi apasal adik sedare aku boleh julur lidah 8 kali sekali siap kali aku tak kasi dia tengok katun?



Itu saje. kalau aku jumpe lagi bende pelik , aku share.


ok , bye.

Monday 27 June 2011

Pasal ape kelawar tidur terbalik?

Salam

Tadi aku terbace buku adik sedara aku. tajuknye 'Batman'. tahu tak batman tu ape? cepat cepat cari buku adik kau pula. dan tibe tibe aku teringat kan kelawar pula.



abang angkat superman nih.



eh comel pulak natang ni.

Kelawar adalah kawan Batman. eh betul ke? ah , lantak lar. yang penting ni hah. tahu tak korang kenape kelawar tidur tergantung? tak tahu kan? kalau tahu pon senyap je dah. ni , aku nak bagi tahu.


Sebabnye ialah..


- Biar susah sikit nak kencing malam atau terkencing waktu tidur aka ngompol sebab keadaan terbalik. tak percaye cube try kat adik korang. Jiran aku da try da kat anak laki(mesti laki kan) dia. nampaknya berhasil sebab tadi aku lalu depan rumah dia takde toto dijemur pon kat tempat sidai baju dia. selalunya ada.


- Kalau tidur kat lantai nanti kena tahi kelawar lain pula. kalau kita mesti kena benda itamputih tu kan? ala , apa lagi. taik cicak lar.


- Supaya kelihatan seperti mangsa gantung bunuh diri jadi takde sapa yang nak ganggu. Eh , kalau manusia bebetul. ape barang main tipu. tak baik menipu cik kelawar.


- Boleh tidur sambil sidai dua belah kepak yang mungkin basah terkena hujan atau air buah. kalau kita sidai kain sambil tidur mesti dikata buang tabiat atau ngigau kan?


- Senang nak luahkan balik biji-biji buah yang tertelan atau terselit kat gigi masa makan. buat susah je. kita ambil lidi pastu cungkil makan balik.


Tu dia. kesimpulannya. kita adalah makhluk yang lebih baik daripada kelawar.


ok , bye.

Sunday 26 June 2011

Bestnye kerje.

Salam.


Aku ni masih belajar. entri ni ditujukan kepade brader brader sister sister yang masih menganggur sampai sekarang. Daripade dok rumah goyang kaki lepak kedai mamak 'ane , air kosong woney kire masuk buku'. baik kau orng cari kerje. tak kesah lar keje ape pon.


Macam macam kerje yang boleh dibuat kat dunie ni. Jangan lar memilih sangat. Tahu ke korang ada kerja yang kenkadang gajinye ciput tapi best melakukannye? sebab ape? meh bace bawah ni.


- Tukang Sapu 
Profession orang tak pandang , tapi keuntungan kenkadang melebihi gaji yang diterime kerane kengkadang mase tengah sapu tu , mane tau terjumpe duit lar , barang kemas lar dan macam macam bende yang berharge. silap silap , kau lagi kaye dari mamak tu.


- Despatch
Korang boleh kesane kemari. klentong bos kate moto rosak padahal pegi tengok wayang atau dating. Koman-koman pun lepak kedai mamak. tak payah masuk buku dah. bayar time tu jugak. kalau nak buat part time despatch untuk syarikat lainpon boleh.


- Orang Gaji
Dapat duduk rumah besar dan akan seperti menjadi rumah sendiri bile tuan rumah dan keluarge pegi keluar negare..due tige bulan pulak tu. silap silap boleh ikut sekali. tak caye tnye mak piah.


Dan banyak lagi.  hah , tak ke best tu? jangan lar buat kerje sebab gaji je. mestilah enjoy siket. dan jangan susah kan mak bapak saje. korang plak tolong dieorang. aku belom masa lagi. ehehe.


ok , bye.

Friday 24 June 2011

Ini blog baru beroperasi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu..


Baru na mula blog ni. Kene bagi salam kasi panjang sampai har semputt~ bia setan ta masuk otak dan suruh godam bende yang boleh digodam.


Tarikh kat atas tu tarikh blog ni wujud. Aku pon tak tau sangat nak taip ape tuk dibuat entri. Bergantung saje dengan idea yang tersemat yang selame ini digunakan untuk mengarang karangan BM-BI-BA dan bermacam B.


Kalau selame ni selalu sangat buat karangan surat rasmi , surat tak berape nak rasmi dan..bla..bla..(sila rujuk buku contoh karangan edisi khas) untuk pekse dan ujian dan hanye dibace oleh cikgu-2. sekarang tak lagi. ade orng yang akan bace. tu pon kalau sudi dan kalau jumpe blog aku yang tersorok-main-nyorok-nyorok-kau-jadi-kire-sampai100-da-ke-blom di pendalam sempadan China-Thailand ni hah. Harap berjaya jumpe lar ea.


Ok lar. tu saje. sesungguhnye , aku maseh bau kedai(baharu) dalam dunie blog. tlong lar beri tunjuk ajar.
bye..