Friday 15 July 2011

Panduan memasak nasi.

Salam.


Berikut adalah perkara penting yang perlu korang tahu untuk memasak nasi. memang nampak cam mudah je tapi skill pun kena ada jugak.


+ Bahan utama yang mesti digunakan adalah beras. tak kisah lar nak guna beras basmathi ke, beras usang ke, beras perang ke. tapi tepung beras adalah dikecualikan.


+ Menggunakan periuk yang bersesuaian, adalah tidak disyorkan menggunakan kawah jika kuantiti beras hanyalah setakat tiga cupak je.


+ Kuantiti air yang nak digunakan jugak penting, jangan sampai terlebih. alamatnya. terpaksa lar diekjas untuk dijadikan bubur je.


+ Diingatkan masak nasik ni tak serupa macam masak dodol ke, lemang ke atau ketupat. jadinya, tak payah melampau melampau lamanya.


+ Boleh mempelbagaikan jenis masakan nasi iaitu buat nasi beriani, nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya. Tapi syarat utamanya mestilah kena pandai masak nasik dulu yek.


ok , bye.


p/s : sapa kat sini tak pandai masak nasi. jaga jaga malam ni aku datang kat mimpi kau. aku suruh kau masak nasi sambil terlentang. grr..

No comments:

Post a Comment