Wednesday 27 July 2011

Korang seorang yang pemalas.

Assalamualaikum.


Ehem.. Sekiranya korang pernah buat macam kat bawah ni. memang terbuktilah yang korang ni jenis pemalas nak mampuih!


- Selotep satu badan dan lepas dua-tiga hari baru korang tanggalkan. Konon daki daki akan tertanggal dari badan. Nenekluu lah!


- Sanggup pakai pempes untuk orang tua(pempes cap atuk) padahal korang masih muda belia dengan alas an tak larat nak bangun tido tetengah malam untuk pergi kencing.


- Hanya menukar pakaian setiap lepas dua hari dengan memakai pakaian yang sama pada hari kedua tapi dengan cara menterbalikkanya.


- Membersihkan rumah setiap hujung bulan iaitu sekali sebulan pasal membersih sekali harung saja.


- Membasuh baju yang hendak dipakai saja dan sebaik kering terus pakai.


- Masih tinggal kat rumah makbapak walaupun dah panjang besar sebab tak sanggup nak uruskan makanpakai sendiri.


Jadinya. jangan lah jadi pemalas. orang yang malas takkan berjaya dalam hidup. eh..


ok, bye.

Friday 22 July 2011

Dalam banyak-banyak kereta , kereta apa yang tak perlu bayar tol ?

Salam.


Sekarang, banyak kereta dah dikeluarkan kan? tapi malangnya kereta kereta tersebut harus dan wajib untuk membayar tol jika melalui di highway. kalau tak nak bayar tol, lalu jalan dalam tuk kemana saja. tapi berkemungkinan akan sesat dan memakan masa yang banyak. oleh itu , dalam banyak banyak kereta, kereta apa yang tak perlu bayar tol?


Jawapannya ialah.. (bia aku jawap sendiri)


- Kereta kebal

Disebabkan ianya kebal maka kebal la ia dari dikenakan tol.


- Kereta sorong

Kereta ini tidak perlu dinaiki tapi cuma disorong. oleh itu , takda orang yang duduk dalam kereta maka tak perlulah ditol.


- Kereta polis

Kena lah respek dengan incik incik polis yang bertugas menjaga keamanan negara termasuklah kawasan plaza plaza tol. erk??


- Kereta yang sedang ditunda

Yang kena bayar mestilah pemandu kereta penunda.


- Kereta jiran korang

Dah namanya pun kereta jiran korang maka yang perlu bayar mestilah jiran korang takkan korang pulak.


- Kereta rosak

Kereta rosak tentulah tidak boleh bergerak, bila tak boleh bergerak tentu takkan melalui tol. secara otomatik juga tak perlu bayar tol.


- Kereta api

Belum pernah lagi dalam sejarah ada dibina plaza tol dilandasan kerete api.



Ok , bye.

Friday 15 July 2011

Panduan memasak nasi.

Salam.


Berikut adalah perkara penting yang perlu korang tahu untuk memasak nasi. memang nampak cam mudah je tapi skill pun kena ada jugak.


+ Bahan utama yang mesti digunakan adalah beras. tak kisah lar nak guna beras basmathi ke, beras usang ke, beras perang ke. tapi tepung beras adalah dikecualikan.


+ Menggunakan periuk yang bersesuaian, adalah tidak disyorkan menggunakan kawah jika kuantiti beras hanyalah setakat tiga cupak je.


+ Kuantiti air yang nak digunakan jugak penting, jangan sampai terlebih. alamatnya. terpaksa lar diekjas untuk dijadikan bubur je.


+ Diingatkan masak nasik ni tak serupa macam masak dodol ke, lemang ke atau ketupat. jadinya, tak payah melampau melampau lamanya.


+ Boleh mempelbagaikan jenis masakan nasi iaitu buat nasi beriani, nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya. Tapi syarat utamanya mestilah kena pandai masak nasik dulu yek.


ok , bye.


p/s : sapa kat sini tak pandai masak nasi. jaga jaga malam ni aku datang kat mimpi kau. aku suruh kau masak nasi sambil terlentang. grr..

Saturday 9 July 2011

Yeyeh!

Salam.


Nampak sesuatu yang baru tak kat tempat ni? kalau tak nampak , kedai cermin mata kat sebelah rumah aku ni masih buka lagi. Cepat cepat cek.


Terima kasih lar kepada elmie elmie kerana sudi men'touch-up' kan blog aku yang sedia buruk sebelum ini. sebagai ganjaran. aku akan klik nuffnang hang 10x sehari ye?


ok , bye.

Thursday 7 July 2011

Assalamualaikum Warahmatullah!

Salam.



Minyak wangi jenama X dan Z.


"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu ialah zina"

Riwayat Nasa'i , Ibn Khuzaimah Dan Hibban.


Kesimpulannya? ....


ok , bye.

Monday 4 July 2011

Macam bosan je.

Salam.


Apasal hah aku dah rasa malas nak berblog ni. mungkin takda aidiye kot nak buat entri. mungkin.



ok. bye.

Saturday 2 July 2011

Panduan untuk beristeri.

Salam.


Hehe. Entri gatal ni. Tapi tolong. jangan sala paham. entri ni tuk abg sedare ak yang akan kawen.

Ehem.


Assalamualaikum..



Kehadapan abang sedare tercinte yang kini berade di banggunan kursus kawin. Moga sihat. Disini saye ingin memberi panduan buat abg sedare.


 

Dengar dengar dari mulut adik abg sedare yang abang sedare ni nak kawen . kawin , kawin..ewah~ macam senang je bunyik nyekan. Abang sedare , ikut lah panduan nak beristeri ni hah dari saye yang naif.



Memula , abang sedare sah kan dulu makwe abang sedare tu tulen. kang mak andam kompius nak andam pengantin pompuan yang mane satu.




Kedua , semestinya bukan bini orng. abang sedare pon tau kan bermadu itu tak best. kalau tak caye tengok madu tige. abang sedare banyang kan abang yang jadi sarimah. huhu. sedihkan? 



 
Ketiga , sebelum kawin tu , kene lar ade bajet yang cukup. jangan dibuat kerja pinjam duit ah long. kalau dengan kak long , abang long , atau saye boleh dibawak berbincang. saye tahu , gaji kerja abang sedare sebagai pembuat kentang putar di KFC bukanlah banyak mane pon. 




Keempat , saye tahu abang sedare ni adelah anak mak. jadi jangan lar mengade-nagade nak lari rumah famili jika ada sebarang pertelingkahan. kan abang sedare ni anak jantann. malu kan? cepat cepat berubah jadi berdikari.




Kelima , abang sedare silalah beli dua telebisen untuk mengelakkan abang sedare dan isteri tercinta nanti tak berebut nak tengok tb. yelah , abang sedare nak tengok sukan. bini abang sedare pula nak tengok marimar~(aw). Susah nanti.



Itu saje lar yang saye dapat berikan. Harap abang sedare dapat gunakan sebaik mungkin. Akhir sekli , semoga abang sedare bahagia hingga ke anak cucu cicit.


 


Dari saye.. bye.








                                                                                                   
Semoga menjadi kenyataan!