Wednesday 5 October 2011

Ehem... tuan rumah da balik.

Assalamualaikum.


Setelah mengharungi onak duri, merentasi lautan api. Akhirnya sampai jugak aku kat sini. Punyelah berabad aku tak buka blog. *Gaya macam ada orang tunggu.


Well , aku bukan sesaja je tak buka blog. ada sebab. kalau korang nak tahu baca lah kat bawah ni. kalau tak nak, baca lar post lain. heh.


Bulan Puasa : Ehem sebagai seorang Muslimah yang sejati , aku penuhi bulan yang mula ini dengan beribadat. ceh , macam ley percaya. haha.


Bulan Raya : Aku tahu aku bukan budak kecik lagi. tapi bulan ni aku bizi cari duit raya. tak menyempat nak buka blog.


ok , bye. tak de idea meh.

Wednesday 27 July 2011

Korang seorang yang pemalas.

Assalamualaikum.


Ehem.. Sekiranya korang pernah buat macam kat bawah ni. memang terbuktilah yang korang ni jenis pemalas nak mampuih!


- Selotep satu badan dan lepas dua-tiga hari baru korang tanggalkan. Konon daki daki akan tertanggal dari badan. Nenekluu lah!


- Sanggup pakai pempes untuk orang tua(pempes cap atuk) padahal korang masih muda belia dengan alas an tak larat nak bangun tido tetengah malam untuk pergi kencing.


- Hanya menukar pakaian setiap lepas dua hari dengan memakai pakaian yang sama pada hari kedua tapi dengan cara menterbalikkanya.


- Membersihkan rumah setiap hujung bulan iaitu sekali sebulan pasal membersih sekali harung saja.


- Membasuh baju yang hendak dipakai saja dan sebaik kering terus pakai.


- Masih tinggal kat rumah makbapak walaupun dah panjang besar sebab tak sanggup nak uruskan makanpakai sendiri.


Jadinya. jangan lah jadi pemalas. orang yang malas takkan berjaya dalam hidup. eh..


ok, bye.

Friday 22 July 2011

Dalam banyak-banyak kereta , kereta apa yang tak perlu bayar tol ?

Salam.


Sekarang, banyak kereta dah dikeluarkan kan? tapi malangnya kereta kereta tersebut harus dan wajib untuk membayar tol jika melalui di highway. kalau tak nak bayar tol, lalu jalan dalam tuk kemana saja. tapi berkemungkinan akan sesat dan memakan masa yang banyak. oleh itu , dalam banyak banyak kereta, kereta apa yang tak perlu bayar tol?


Jawapannya ialah.. (bia aku jawap sendiri)


- Kereta kebal

Disebabkan ianya kebal maka kebal la ia dari dikenakan tol.


- Kereta sorong

Kereta ini tidak perlu dinaiki tapi cuma disorong. oleh itu , takda orang yang duduk dalam kereta maka tak perlulah ditol.


- Kereta polis

Kena lah respek dengan incik incik polis yang bertugas menjaga keamanan negara termasuklah kawasan plaza plaza tol. erk??


- Kereta yang sedang ditunda

Yang kena bayar mestilah pemandu kereta penunda.


- Kereta jiran korang

Dah namanya pun kereta jiran korang maka yang perlu bayar mestilah jiran korang takkan korang pulak.


- Kereta rosak

Kereta rosak tentulah tidak boleh bergerak, bila tak boleh bergerak tentu takkan melalui tol. secara otomatik juga tak perlu bayar tol.


- Kereta api

Belum pernah lagi dalam sejarah ada dibina plaza tol dilandasan kerete api.



Ok , bye.